Apa Yang Wanita Harapkan Sebenarnya Dari Suami Semasa Hamil?
Lelaki dan wanita dijadikan oleh Allah swt untuk saling melengkapi. Semasa hamil terdapat banyak perubahan dialami oleh seorang isteri.
Apa yang diharapkan sebenarnya dari seorang wanita bergelar isteri yang mengandung dari suaminya?
Seringkali isteri kecil hati akan sikap suaminya yang kurang peka.
Ketahuilah..
Apa yang diharapkan sebenarnya dari seorang wanita bergelar isteri yang mengandung dari suaminya?
Seringkali isteri kecil hati akan sikap suaminya yang kurang peka.
Ketahuilah..
Seorang isteri saat memerlukan sokongan dan kehadiran seorang suami dalam melalui tempoh 9 bulan mengandung.
Tidak cukup tanggungjawab seorang suami sekadar memberi nafkah wang dan tempat tinggal sahaja kepada isteri..
Tidak cukup tanggungjawab seorang suami sekadar memberi nafkah wang dan tempat tinggal sahaja kepada isteri..
… Tugas seorang suami adalah membuatkan isteri rasa selamat, bahagia dan tenang dengan kehadirannya.
Ini juga termasuk dalam kategori nafkah batin.
Sebagai seorang suami, curahkanlah kasih sayang kepada isteri dan anak anda di dalam kandungan.
Berlaku baik kepada anda tidak menjadikan anda kurang sifat kelelakian.
Bahkan lelaki paling mulia disisi Allah sendiri melayan isteri isterinnya dengan penuh kelembutan.
Siapakah contoh lelaki terbaik bergelar suami?
Sudah tentu Rasulullah SAW.
Baginda telah diriwayatkan:
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”
HR At-Thirmidzi no 1162,Ibnu Majah no 1987 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 284
Baginda juga bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku”
HR At-Thirmidzi no 3895,Ibnu Majah no 1977, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 285

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”
HR At-Thirmidzi no 1162,Ibnu Majah no 1987 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 284
Baginda juga bersabda:
خَيْرُكُمْخَيْرُكُمْلِأَهْلِهِوَأَنَاخَيْرُكُمْلِأَهْلِي
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku”
HR At-Thirmidzi no 3895,Ibnu Majah no 1977, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 285
Artikel ini kami tulis untuk membantu suami dan isteri membina persefahaman dalam melayari bahtera rumah tangga.
Supaya seorang suami dapat memahami pasangannya yang hamil dengan kata-katanya selalu tidak selari dengan tindakan dan sudah tentu mengelirukan.
Supaya seorang suami dapat memahami pasangannya yang hamil dengan kata-katanya selalu tidak selari dengan tindakan dan sudah tentu mengelirukan.
8 Pengorbanan Ibu Mengandung Yang Harus Diketahui oleh Suami Agar Rumahtangga Anda Lebih Bahagia
Seorang anak lelaki lelaki yang bertanggungjawab dan baik kepada ibunya, akan menjadi seorang suami yang baik kepada isterinya.
Ini kerana, anak yang soleh menghargai pengorbanan ibunya dalam membesarkannya.
Sifat timbangrasa ini akan dibawa kedalam rumah tangga. Beruntunglah para isteri yang mempunyai seorang suami yang sebegini.
Semasa isteri sedang mengandung, suami yang sering membantu ibunya akan lebih mudah memahami keadaan isterinya.
Betapa beratnya beban yang ditanggung oleh seorang ibu mengandung.

Disini kami berikan 8 keadaan ibu mengandung yang seorang isteri harapkan suaminya memahami.
Apakah 8 keadaan tersebut?
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca.
Apakah 8 keadaan tersebut?
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca.
1. Berikan Perhatian Anda Semasa Isteri Mual Pada Trimester Pertama
Pada trimester pertama kehamilan, isteri anda berkemungkinan mengalami alahan mengandung seperti mual, loya dan terbaring tak bermaya.
Pada tiga bulan pertama kehamilan, ibu mengandung akan mengalami loya dan muntah muntah kerana alahan mengandung yang akan menyebabkan tiada nafsu makan.
Sebagai suami yang romantik, inilah masanya untuk anda menjadi wira anak anda dan ibunya.
Bantulah serba sedikit urusan rumah tangga seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah.
Sedikit sebanyak, akan terbit rasa gembira di dalam hati isteri atas usaha ini.
Hati isteri yang gembira akan membuatkan janin yang membesar didalam kandungan dengan kasih sayang.
Jika isteri sering muntah dan loya selepas makan. Khasiat tidak akan mencukupi dari makanan yang diambilnya. Cubalah untuk memberinya supplement untuk ibu mengandung trimester pertama kerana alahan biasanya untuk 3 bulan pertama.
Rasa loya ini tidak boleh dibiarkan. Kerana sekiranya isteri kurang selera makan, maka lebih mudah untuk isteri sakit kerana keimunannya tidak kuat. Antara tanda keimunan yang lemah adalah keputihan ketika hamil trimester pertama.
Berusahalah untuk membantu mana yang boleh.
Rasulullah SAW juga membantu urusan rumah tangga untuk mengurangkan beban isteri.
Tak percaya?
Terdapat banyak riwayat yang sahih mengenai akhlak Nabi kita yang mulia ini.
Ini 3 riwayat darinya untuk rujukan tuan puan
Riwayat pertama
Dari Aswad r.a, katanya :
Saya bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumahtangganya.
Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.”
[1707] Sahih Bukhari
Para suami harus memahami, isteri anda bukan sengaja untuk memilih menjadi begini.
Siapa yang tidak mahu mengandung dengan cergas bukan?
Masyaallah, betapa sabarnya seorang isteri juga ibu sepanjang mengandungkan kita.
![]() |
Kredit foto https://armeliamelkias.wordpress.com/ |

Dan juga
Riwayat kedua
‘Aisyah Radhiallahu anhum, pernah ditanya:
“Apakah yang dilakukan Rasulullah di dalam rumah?”
‘Aisyah menjawab: “Beliau adalah seorang manusia biasa, ia menampal pakaian sendiri, memerah susu dan melayani dirinya sendiri.”
(HR. Ahmad dan Tirmidzi)
Riwayat ketiga
Urwah bertanya kepada Aisyah:
“Wahai Ummul Mukminin, apa yang diperbuat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam jika ia bersamamu di rumah?”
Aisyah menjawab, “Ia melakukan seperti yang dilakukan salah seorang dari kalian jika sedang membantu isterinya, ia memperbaiki kasutnya, menjahit bajunya, dan mengangkat air di timba.” (H.R. Ibnu Hibban)
Cukup 3 riwayat. Siapa kata lelaki sejati tidak membantu isterinya di rumah.
Di awal kehamilan, ada isteri yang mengalami alahan mengandung atau juga disebut morning sickness.
Bergantung pada individu, ada yang sedikit saja loyanya. Ada pula yang muntah muntah sepanjang hari sehingga tidak mampu pergi bekerja dan membuat kerja rumah.

Morning sickness atau alahan mengandung ini terjadi kerana berlakunya penambahan hormon progesteron sewaktu kehamilan.
Hormon ini melambatkan semua fungsi metabolisme, termasuk sistem pencernaan. Ini menyebabkan penghadaman makanan memerlukan waktu lebih lama dan menimbulkan rasa mual.
Perasaan seorang isteri yang sakit dan terasa mual setiap masa kerana mengandung, tiada siapa yang mahu menanggungnya jika diberi pilihan.
Masyaallah, betapa sabarnya seorang isteri juga ibu sepanjang mengandungkan kita.
Berbuallah dengan isteri anda para suami dan tumpukan perhatian semasa berbual dengan mereka.
Luangkan masa berkualiti ini.
Tanyalah kepada isteri anda, apa makanan yang diinginkannya atau sebarang bantuan untuk meringankan beban mereka. Makanan yang baik untuk ibu hamil setiap trimester dan dari sumber yang halal akan memberi kesan pada rohani & jiwa.
Adalah menjadi lumrah fitrah seorang wanita untuk menghargai waktu yang suami luangkan bersama mereka.
Insyaallah, inilah ciri ciri menjadi suami yang dirindui dan disayangi.
Luangkan masa berkualiti ini.

Adalah menjadi lumrah fitrah seorang wanita untuk menghargai waktu yang suami luangkan bersama mereka.
Insyaallah, inilah ciri ciri menjadi suami yang dirindui dan disayangi.
2. Berlemah Lembut Semasa Deria Bau Menjadi Sangat Sensitif
Sering kali kita dengar kisah isteri yang mudah loya dan muntah semasa mengandung. Rasa loya ini boleh disebabkan oleh deria bau ibu mengandung yang menjadi semakin sensitif.
Janganlah para suami berkecil hati sekiranya isteri anda tidak mahu anda mendekati mereka.
Berlemah lembutlah kepada mereka dan tunjukkan rasa ambil berat anda. Mungkin benar bau badan anda kurang menyenangkan.
Cuba amalkan petua untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan.
Dan mula mengenakan minyak wangi yang disukai isteri supaya mereka lebih suka berada disisi anda.
Ketika seorang isteri mengandung, kemungkinan untuk deria bau menjadi sangat sensitif. Bau yang wangi dan menenangkan dan mempengaruhi perasaan isteri.
Rasulullah SAW diriwayatkan menggemari wangi wangian.
حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.”
(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Wangi wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:
طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه
Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya.
(Hr Tirmizi dan Ahmad- hadis hasan)
Jika bau bauan yang wangi boleh mendatangkan rasa tenang pada isteri anda semasa mengandung, sebaliknya pula untuk bau busuk.
Bauan yang dahulunya tidak menjadi masalah, kini terasa begitu busuk.
Jangankan bau sampah yang memang busuk, bau badan suami yang berpeluh, bau masakan, asap kendaraan, dan juga bau asap rokok akan membuatkan tekak isteri tuan kembang dan muntah muntah.
Kesan menghidu bau yang tidak menyenangkan ini menyebabkan ibu mengandung mudah pening, mual, dan muntah-muntah.
Keadaan ini sangatlah tidak menyenangkan dan tidak menyebabkan isteri anda berasa tertekan.
Keadaan ini sangatlah tidak menyenangkan dan tidak menyebabkan isteri anda berasa tertekan.
Ini semua merupakan kesan dari peningkatan hormon estrogen dan HCG semasa mengandung pada trimester pertama.
Bagaimana caranya untuk para suami berlemah lembut kepada isteri yang sedang hamil?
Ini beberapa cadangan untuk anda
Ini beberapa cadangan untuk anda
- Kerap mandi dan mengenakan bauan yang disukai isteri
- Rajinkan tangan dan ringankan tulang membersihkan rumah.
- Buang sampah setiap pagi untuk mengelakkan bau yang busuk di dapur
- Sajikan makanan yang disukai isteri dan elakkan makanan yang berbau kuat dan tidak disukai isteri
- Cuba berhenti merokok kerana bukan sahaja baunya tidak menyenangkan, malah ia juga membahayakan nyawa isteri dan anak didalam kandungan.
- Berbual pada isteri anda dengan kata kata yang menyenangkan
Sifat lemah lembut anda pada isteri tidak akan menghilangkan kelelakian para suami. Malah ia dituntut oleh Allah swt di dalam firmannya
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Surah al-Nisa’ ayat 19.
3. Rasa Kurang Keyakinan Diri Pada Perubahan Fizikal Semasa Hamil
Telah menjadi fitrah seorang wanita untuk suka kelihatan cantik dan menarik.Terutama untuk suami tersayang.
Terlalu banyak perubahan yang berlaku yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan diri isteri.
Kulit yang dahulu cantik dan berseri seri mula kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Bentuk badan yang dahulu ramping kini berubah. Berat badan yang dahulunya ideal kini menjadi obes.
Baju kegemaran tidak lagi muat untuk dipakai selepas bersalin.
Rambut yang dahulunya cantik kini banyak gugur dan tidak lagi bersinar.
Jika dahulu, isteri punya masa untuk mengurus diri supaya kelihatan cantik di mata suami.
Kini, semasa alahan mengandung yang teruk segalanya berubah.
Gatal gatal kulit ketika hamil boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Akibatnya kulit akan luka luka kerana digaru.
Pada trimester 3 juga, isteri akan banyak berpeluh kerana suhu badan bertambah. Ini menyebabkan banyak peluh keluar untuk menyejukkan badan.
Tetapi peluh peluh ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit ataupun gatal gatal. Pakaian yang sesuai dapat membantu menyerap peluh dan selesa dipakai.
Suami yang baik dan soleh akan berusaha menurut kemampuannya untuk membuatkan isterinya sentiasa yakin akan dirinya.
Bagaimana caranya?
Berikanlah kata kata yang positif. Kata kata yang baik umpama air yang menyegarkan tumbuhan.
Keyakinan isteri akan pulih dengan kata kata ikhlas dari suami.
Jika berkemampuan, hadiahkanlah set skincare terbaik dari shaklee yang sesuai untuk wanita hamil. Banyak produk penjagaan kulit yang tidak selamat untuk ibu hamil.
Kulit yang kelihatan kusam boleh diatasi dengan makanan berkhasiat sebagai cara mencantikkan kulit muka tanpa make up.
Keluarkanlah nafkah untuk isteri dengan membeli baju baru yang cantik dan selesa dipakai. Baju yang bagus dapat dipakai semasa hamil dan selepas bersalin. Contohnya jubah abaya nursing untuk muslimah.
Rambut rambut yang gugur semasa mengandung berpunca daripada pemakanan dan cara hidup. Gunakanlah syampoo yang sesuai untuk rambut gugur dan makan makanan yang menguatkan akar rambut.
Tudung labuh atau shawl koshibo yang selesa juga dapat mengurangkan rambut yang gugur. Aurat isteri terjaga pada masa yang sama.
Dan semestinya, berat badan yang banyak naik semasa mengandung boleh di kawal melalui amalan pemakanan yang sihat. Sekali lagi, jika berkemampuan hadiahkanlah isteri dengan produk / program yang bagus untuk cara kuruskan badan yang berkesan.
4. Rajin & Kuat Membantu Isteri Kerana Isteri Sesak Nafas Dan Termengah Mengah
Semasa hamil, ibu mengandung kerap rasa lelah dan sesak nafas.
Sesak nafas memang selalu terjadi sepanjang mengandung terutama pada trimester 2 dan 3 semasa saiz perut bertambah.
Saiz perut yang besar semasa trimester kedua juga menyebabkan sakit gastrik semasa mengandung.
Ini yang orang selalu kata pedih ulu hati.
Rasa sakit dan tak selesa untuk bernafas.
Saiz perut yang besar semasa trimester kedua juga menyebabkan sakit gastrik semasa mengandung.
Ini yang orang selalu kata pedih ulu hati.
Rasa sakit dan tak selesa untuk bernafas.
Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh perubahan hormon didalam tubuh ketika hamil.
Ini menyukarkan isteri melakukan kerja seharian. Mudah penat dan pendek nafasnya.
Menyebabkan banyak kerja rumah tidak terurus.
Jika di ikutkan, isteri yang hamil tidak boleh melakukan kerja berat untuk mengelakkan berlakunya pendarahan awal kehamilan seawal 4 minggu pertama mengandung yang boleh membawa kepada keguguran.
Kerana kandungan & rahim belum lagi kuat.

Sebagai pelengkap kepada sifat wanita yang lembut, isteri sukakan suami yang kuat dan mampu melindungi isterinya.
Masyarakat kita nampaknya meletakkan kuatnya seorang lelaki kepada besarnya badan dan berketulnya otot.
Benarkah ini sebenarnya ukuran kuat?
Tidak.
Ada diriwayatkan oleh Rasulullah SAW
"Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah."
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
dan juga di dalam riwayat lain yang berbunyi
Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda,
"Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah".
[Hadis Riwayat Bukhari]
Kuatnya seseorang lelaki tidak hanya terletak kepada tubuh badan.
Kekuatan sebenar seorang lelaki dan suami pada berapa tinggi kesabarannya, dalam mendengar isi hati isteri, dan mengharungi cabaran dan ujian hidup.

Rajin rajinlah membantu isteri anda melakukan kerja rumah supaya dan bersabarlah dalam melakukannya.
Jika selama ini anda selalu tertanya tanya, mengapa isteri tuan kepenatan di rumah ketahuilah kerja rumah memang tak akan hujung habis.
Semasa trimester kedua, saiz bayi didalam rahim yang semakin besar akan menekan perut isteri keatas.
Menyebabkan asid perut mudah naik ke atas menyebabkan perasaan seperti terbakar pada dada dan kerongkong. Memang mudah kena gastrik.

Bagi mengatasinya, isteri anda perlu makan dengan teratur dan elakkan perut daripada kosong.
Isteri perlu makan dengan kerap dalam jumlah sedikit.
Elakkan juga makanan yang kurang sesuai seperti masakan bersantan, pedas, jeruk, dan minuman berkarbonat. Pantang makanan dan minuman ini masa mengandung ya.
Apabila isteri sering sesak nafas, sebagai suami yang soleh akan menjaga perasaan isterinya dan mengelakkan air matanya mengalir dan menangis.
Zahirkan kepada isteri tuan yang tuan sentiasa ada disisinya untuk sepanjang kehamilan. Agak mencabar bagi pasangan isteri jarak jauh.
Kerana kekangan tugas. Disinilah kekuatan suami berupa sabar diperlukan.
Inilah kekuatan sejati suami untuk memastikan rumah tangga rukun damai.

5. Menunjukkan Kasih Sayang Semasa Isteri Sakit Sendi Ketika Hamil
Mengandung akan menyebabkan sakit sendi dan tulang.
![suami dan isteri mengandung suami dan isteri mengandung yang bahagia]()
Bayi dalam rahim akan menyerap kalsium daripada apa yang dimakan isteri anda.
Kalau kalsium dalam diet isteri semasa mengandung tak cukup, bayi akan mengambil pula dari tulang dan gigi isteri.
Menyebabkan tulang tidak kuat dan gigi mudah berlubang dan rosak. Ini pentingnya makanan berkhasiat untuk ibu hamil supaya ibu dan anak sihat bertenaga.
Selain itu.

Kedudukan kepala bayi yang paling selamat di dalam rahim adalah kepalanya berada di bawah.
Posisi ini selamat bayi kerana kepala bayi terletak tepat di atas tulang pinggul ibunya yang keras.
Tubuh ibu hamil mengngeluarkankan hormon melonggarkan tulan rawan (sendi), yaitu hormon relaksin untuk menjaga keselamatan bayi.
Hormon inilah yang menyebabkan isteri anda mengalami sakit sendi termasuk pinggul kerana hormon ini dikeluarkan 10 kali lebih banyak semasa mengandung dan memberi kesan pada semua sendi pada tubuh.
Disaat isteri tuan sedang lenguh dan sakit badan semasa hamil, buatlah kejutan kejutan kecil.
Isteri tuan sukakan kejutan kejutan kecil yang menunjukkan suami mereka sentiasa ingat tentang mereka.Posisi ini selamat bayi kerana kepala bayi terletak tepat di atas tulang pinggul ibunya yang keras.

Hormon inilah yang menyebabkan isteri anda mengalami sakit sendi termasuk pinggul kerana hormon ini dikeluarkan 10 kali lebih banyak semasa mengandung dan memberi kesan pada semua sendi pada tubuh.
Disaat isteri tuan sedang lenguh dan sakit badan semasa hamil, buatlah kejutan kejutan kecil.
Hantar mesej whatsapp yang lucu & tidak dijangka olehnya, memasak makanan kegemaran isteru atau melakukan perkara untuknya seperti kerja rumah tanpa perlu diminta.
Atau anda mengurut badan isteri anda yang sedang sakit sakit.
Hilang lenguh lenguh dan sakit badan isteri.
Atau anda mengurut badan isteri anda yang sedang sakit sakit.
Hilang lenguh lenguh dan sakit badan isteri.
6. Lenguh Lenguh Kerana Perubahan pada Peredaran Darah, Terutama di Kaki
Selepas kandungan membesar, terutama semasa 3 bulan terakhir (Trimester 3), kaki isteri akan sering kebas.
Kenapa?
Ini disebabkan kandungan yang semakin membesar memberi tekanan pada pembuluh darah, terutama dibahagian kaki.
Seringkali kita lihat di dalam pengangkutan awam seperti keretapi dan bas, terdapat ruang khas untuk wanita hamil untuk duduk.
Ini kerana berlebihan duduk atau berdiri akan memburukkan lenguh kaki ini.
Kita sama sama maklum, kualiti pengangkutan awamdi negara kita masih banyak lagi yang boleh diperbaiki.
Air cond dalam tren pun boleh rosak.
Kalau orang biasa pun boleh pitam, apalagi wanita hamil. Seeloknya pakailah pakaian yang selesa seperti jubah mengandung yang labuh.
Baju yang labuh lebih sejuk dari yang ketat. Sejuk didunia dan juga diakhirat.
Insyaallah.
Sama samalah kita berikan tempat duduk kepada ibu mengandung.
Kerana kita semua pernah berada dalam rahim ibu.
Betul.
Kalau kita sayang ibu kita. Kita akan lebih bersimpati dengan wanita hamil.
Jadi, untuk para suami dan anak, janganlah mengeluh semasa isteri yang sedang hamil minta diurut kakinya.

7. Mengalami Masalah Kerap ke Tandas
Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Fokus.
Lelaki dan perempuan memang Allah jadikan berbeza.
Kita dijadikan untuk satu sama lain.
Lelaki yang berkahwin akan menjadi lebih baik dalam menyelesaikan masalah.
Ini kerana, sebelum lelaki kurang mempertimbangkan kehalusan emosi wanita.
Isteri yang sedang hamil akan mengalami masalah buang air kecil.
Apa kesannya?
Banyak.
Isteri akan lebih kerap ingin singgah ke bilik air semasa tuan dan puan keluar berdua bersama sama.
Belajarlah memahami.
Perkara ini disebabkan oleh saiz rahim yang bertambah sehingga rahim akan menekan pundi kencing yang mengakibatkan kesukaran untuk menahan kencing.
Cuba kita bayangkan, semasa isteri sedang mengandung trimester 3 dengan perut yang sangat besar, para suami sedang menunggu isterinya di tikar solat.
Isteri tuan sudah siap memakai telekung untuk solat. Disaat takbiratul ikhram baru mula diangkat.
Tiba-tiba isteri tuan berlari ke bilik air kerana ingin buang air kecil lagi.
Ataupun tuan dan puan dalam perjalanan jauh, dan isteri pula kerap meminta singgah di R&R dan stesen minyak untuk ke bilik air.
Sabar itu indah. Itulah ciri lelaki kuat.
Bukan saya yang kata ya.
Siapa kata?
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
“Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”
8. Suami Menenangkan Ketakutan Isteri Menjelang Waktu Bersalin
Ibu yang sedang mengandung akan selalu berasa risau menjelang waktu bersalin.
Semasa tanda tanda bersalin semakin dekat, lebih kerap risau dihati isteri.
Semasa isteri sedang hamil trimester kedua dan ketiga, banyak perubahan berlaku pada tubuhnya. Risiko untuk menghidap penyakit yang memberi kesan sepanjang hidupnya juga tinggi.
Contohnya seperti kencing manis ketika hamil. Memang perlu elak dari awal. Amalkan makanan yang sihat dari awal kehamilan.
Kencing manis akan menyukarkan lagi kelahiran anak tuan dan puan kerana bayi yang dilahirkan besar dan perlu dilahirkan secara caeser. Cuba amalkan doa mudah bersalin selepas solat.
Memang tiada cara untuk menghilangkan kencing manis ketika mengandung. Apa yang ada hanyalah cara mengawalnya selepas menghidapnya.

Wanita bergelar isteri juga manusia biasa. Ketika hamil dan tarikh bersalin semakin hampir, akan muncul rasa risau dari ketakutan menghadapi proses bersalin.
Risau akan keluarga yang bakal ditinggalkannya.
Atau
Jika terjadi hal yang tidak diingini semasa bersalin.
Atau
Bagaimana jika bayi yang dilahirkan kurang sempurna.
Dan banyak lagi persoalan.
Risau akan keluarga yang bakal ditinggalkannya.
Atau
Jika terjadi hal yang tidak diingini semasa bersalin.
Atau
Bagaimana jika bayi yang dilahirkan kurang sempurna.
Dan banyak lagi persoalan.
Kehadiran suami disisi isteri membantu mereka lebih positif.
Isilah masa dengan berzikir dan berselawat. Hadiri majlis ilmu untuk mempelajari agama.
Ini kerana masa yang dimanfaatkan akan membantu kita melupakan kerisauan.
Suami yang matang dan terbuka dalam membincangkan persoalan persoalan ini dapat membantu menenangkan hati isteri.
Contohnya?
Paling mudah, setiap kali selepas solat berjemaah bersama sama di rumah. Bacalah doa dengan nada suara yang boleh di dengari isteri. Doa memohon keselamatan isteri hamil & anak dalam kandungan yang di aminkan isteri.
Pasti menjadikan keluarga kita lebih bahagia.
Dan hati isteri lebih ceria. Insyaallah

Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Isteri yang risau akan banyak bercakap dan berleter. Ambillah nasihat Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang sabar.
Sabar?
‘Sabar’ ialah “halim” iaitu tidak mudah marah semasa isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.
Pinjamkan telingamu wahai suami.
Dan dengarlah luahan hati isteri.
Teknik mendengar yang baik akan membantu isteri melepaskan perasaan yang dipendamnya, yang mengganggu emosinya.
Pinjamkan telingamu wahai suami.
Dan dengarlah luahan hati isteri.
Teknik mendengar yang baik akan membantu isteri melepaskan perasaan yang dipendamnya, yang mengganggu emosinya.
Namun, di balik semua rasa takut dan kegelisahannya, para isteri tetap memilih untuk menjalani proses dari kehamilan hingga melahirkan, malah ada yang menyusukan anaknya selama 2 tahun sebelum bercerai susu kerana besarnya rasa cinta seorang ibu kepada anaknya.
Beberapa contoh di atas hanyalah sebahagian kecil dari penderitaan seorang isteru yang bakal bergelar ibu ketika mengandung buah hatinya.
Beberapa contoh di atas hanyalah sebahagian kecil dari penderitaan seorang isteru yang bakal bergelar ibu ketika mengandung buah hatinya.
Semoga sedikit sebanyak dapat membantu kita memahami betapa beratnya masa-masa yang harus dilalui seorang ibu ketika mengandung.
Dan dapat mengingatkan kembali betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan kita ke dunia ini.
Kongsikan pendapat tuan & puan di ruangan komen. Insyaallah bermanfaat.