Mudahnya menutup aurat dengan sempurna. 4 Cara Pakai Jubah Abaya Supaya Nampak Anggun & Sejuk Hati Suami Anda!
Assalamualaikum wrmbth, bertemu lagi kita di ruang maya. kami doakan cik puan sihat dan diberkati Allah swt. Sebagai muslimah mode, tentu anda sangat sibuk dengan kerja dan tanggungjawab seharian.
![]() |
Wanita muslimah memakai jubah abaya yang cantik |
Insyaallah. Kali ini kita akan sama sama berkongsi cara memakai Jubah abaya terkini supaya betul betul tutup aurat walaupun dalam kesibukan seharian.
Jubah abaya dewasa ini amat popular dipakai bersama tudung bidang 60 (Boleh lihat disini)& juga penggemar Selendang instant labuh bukan sahaja di kalangan wanita dewasa bergelar ibu malah turut mendapat tempat di hati anak-anak gadis remaja. Tidak kira bentuk bawal, bulat ataupun instant shawl, tutuplah aurat dengan sempurna.
![]() |
Pelbagai koleksi jubah abaya hitam dan cantik dengan pelbagai rekaan. Lihat banyak lagi disini |
Antara sebab ramai yang meminati jubah abaya kerana ia ringkas dan cepat untuk disarungkan. Dan ia sesuai untuk pelbagai majlis. Sama ada rasmi atau tak rasmi.
Tetapi makin lama nilai sebenar abaya atau jubah ni semakin terpesong dari tujuan sebenar pemakaiannya iaitu menutup aurat. Tidak salah untuk bergaya dengan jubah tapi pastikan jubah itu memenuhi syarat menutup aurat iaitu:
1. Tidak menunjukkan bentuk fizikal tubuh badan
2. Labuh dan tidak ketat
3. Kainnya tidak perlu tebal, asalkan tidak jarang
1. Tidak menunjukkan bentuk fizikal tubuh badan
2. Labuh dan tidak ketat
3. Kainnya tidak perlu tebal, asalkan tidak jarang
Memang betul, semakin ramai muslimah yang selesa berjubah abaya. Termasuk dari golongan profesional dan bukan dari muslimah berpendidikan agama sahaja.
![]() |
Boleh cik puan lihat pengacara mana yang memakai jubah abaya berwarna hitam. Cantik kan? Ada 2 orang |
Imej bertudung labuh dan berabaya semakin sinonim. Di kaca televisyen pun ramai pengacara program lengkap menutup aurat dengan tudung bidang 60. Pengacara dan ustazah jemputan nampak manis dan sopan dengan tudung labuh mereka.
Jika dulu pilihan fesyen untuk muslimah yang benar benar menutup aurat agak terhad, namun kini tidak lagi.
Perkembangan industri fesyen muslimah memang menggalakkan dan mendapat sambutan memberangsangkan.
Ramai muslimah mula berjinak jinak menutup aurat dengan sempurna dan berhijrah ke arah yang lebih baik.
Alhamdulillah, tahniah kepada usahawan yang berjuang mempelopori fesyen yang memenuhi tuntutan syarak ini.
![]() |
Wanita ini adalah seorang non muslim, Amanda tinggal di Sacramento, California selesa memakai jubah |
Memang satu perkembangan positif. Tapi dalam keghairahan berfesyen ada juga jubah abaya labuh yang kurang sesuai di pakai muslimah.
Kain yang melekap pada badan dan potongan jubah yang direka mengikut bentuk tubuh tidak menutup aurat wanita yang sebenar.
Insyaallah tips yang diberikan ini praktikal dan mudah diamalkan supaya aurat terjaga sempurna. Allah sayang suami suka dan lega.
Antara tips yang boleh dijadikan rujukan semasa cik puan Memilih abaya cantik untuk diri sendiri:
1. Fabrik / kain yang sesuai
4 Tips Beli Jubah Abaya Baru Yang Cantik Di Mata & Sejuk Di Hati Suami
Antara tips yang boleh dijadikan rujukan semasa cik puan Memilih abaya cantik untuk diri sendiri:
1. Fabrik / kain yang sesuai
![]() |
Kain jubah sangat memainkan peranan penting dalam keselesaan |
Secara umum, pemilihan kain sangat penting sebelum anda membeli abaya baru.
Kainnya mestilah selesa, menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Boleh dikatakan hampir semua jenis kain sesuai untuk dibuat jubah. Asalkan ia tidak melekap pada tubuh.
2 jenis kain yang saya kurang gemar ialah kain kain lycra, chiffon dan satin kerana ia agak melekap pada tubuh. Jadi bila ditiup angin memang nampak aurat pemakainya.
Oleh kerana kain jenis lyra tergolong dalam kategori kain yang berat, ia akan jatuh mengikut tubuh. Bagi anda yang sudah terbeli jubah abaya lycra, perlu memakai pakaian yang mempunyai kain lebih keras sebelum menyarung jubah lycra.
Ini akan membantu mengurangkan sifat lycra yang melekap pada tubuh. Maklumlah, kain jenis ini memang nampak lebih kemas kerana ia sukar berkedut.
2. Warna kain & corak jubah
![]() |
Pelbagai jenis jubah jenis kosong dan abaya bercorak. |
Tidak disangkal lagi, jubah abaya hitam adalah warna paling di gemari dan sering menjadi pilihan ramai muslimah. Ini contoh koleksi terkini. Jubah hitam juga boleh secara umumnya di kategorikan kepada jenis abaya kosong dan abaya berhias batu dan sulaman.
Jubah abaya hitam mudah disesuaikan dengan pelbagai warna tudung dan corak berlainan. Walaupun begitu, sekarang ini banyak baya pelbagai warna dan corak boleh di dapati dipasaran.
Pilihlah yang mana suka, asalkan ianya menutup aurat.
3. Saiz abaya tempatan dan import
3. Saiz abaya tempatan dan import

Dapatkan ukuran semasa dan berikan kepada penjual. Biasanya, masalah ini tidak terjadi sekiranya membeli abaya sendiri di kedai fizikal.
Bagi pembelian jubah abaya secara online, pastikan saiz yang diberi benar benar sesuai dengan ukuran badan. Jika tidak, akan membuang masa dan tenaga.
Lazimnya, jubah dari timur tengah mempunyai ukuran yang lebih besar dari jubah jahitan tempatan atau negara asia.
Jadi semasa cik puan pergi menunaikan umrah dan haji, sebelum membeli abaya di tanah haram pastikan untuk memilih saiz yang betul ya.
Maklumlah, kita ke sana untuk menunaikan ibadah. Selepas selesai menunaikan rukun ibadah dan ingin membeli sedikit cenderamata, rambang mata jadinya.
Banyak pilihan dan corak.
4. Harga abaya dan kualitinya
Tak semestinya yang mahal lebih bagus dari yang murah kan? Sebab harga abaya mahal dipengaruhi perhiasan. Jubah yang terlampau mahal amat sukar penjagaannya.
Mungkin untuk acara istimewa, tidak salah untuk berpakaian cantik. Tetapi jubah abaya yang digunakan untuk majlis ilmu dan bersilaturahim kebiasaanya lebih sesuai dengan abaya yang sederhana.
Keputusan ditangan kita.
Tips Memakai Jubah Abaya Kosong Supaya Sempurna Menutup Aurat
Jubah abaya yang dipakai dengan betul bukan saja nampak cantik dan anggun, malah selesa dan menjimatkan masa. Disini saya kongsikan beberapa tips memakai abaya untuk manfaat cik puan semua.
1. Pakai baju lapisan dalam menggunakan kain kapas.
Tips Memakai Jubah Abaya Kosong Supaya Sempurna Menutup Aurat
Jubah abaya yang dipakai dengan betul bukan saja nampak cantik dan anggun, malah selesa dan menjimatkan masa. Disini saya kongsikan beberapa tips memakai abaya untuk manfaat cik puan semua.
1. Pakai baju lapisan dalam menggunakan kain kapas.
Jubah abaya ini sebenarnya digunakan sebagai pakaian luar seperti jaket. Wanita Arab pada asalnya memakai jubah abaya untuk menutup pakaian yang berwarna warni semasa berada diluar rumah.
Selepas muslimah berabaya sampai ke destinasi yang dituju seperti rumah saudara mara, mereka akan menanggalkan abaya (sama seperti orang lelaki yang memakai kot bersama kemeja di dalamnya).
Di Malaysia, wanita muslimah akan memakai baju kurung berwarna-warni sebelum menyarungkan jubah abaya untuk keluar rumah.
Ini sangat bertepatan dengan cara menutup aurat dengan lebih sempurna kerana jubah ni jika kita tidak memakai pakaian lain di dalamnya, bila ditiup angin, tetap akan terlihat bentuk badan kita terutamanya bahagian betis hingga ke peha.
Kain kapas sangat sesuai untuk dipakai sebagai inner jubah abaya kerana ia menyerap peluh dan sejuk.
T shirt lengan panjang daripada fabrik kapas memang terbaik untuk kulit kita terutamanya dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.
Fabrik cotton juga tidak mempunyai kesan 'statik'/melekat khususnya bila berada di tempat sejuk. Elakkan menggunakan kain dalam dari jenis satin yang lembut dan licin. Ini akan memburukkan lagi keadaan sebab ia akan melekat pada tubuh. Pilihlah kain yang sesuai, dengan penjagaan kain jubah yang betul, abaya anda akan tahan lebih lama.
2. Gunakan skirt dari fabrik yang tebal dan keras
Dengan memakai skirt tebal dan keras sebelum mengenakan abaya dapat mengelakkan bentuk kaki terlihat kerana ditiup angin.
Kebanyakan orang memakai kain dalam yang dibuat dari bahan lembut.
Seeloknya beli skirt yang agak tebal dan keras materialnya untuk dipakai bersama abaya anda supaya lebih terjaga aurat kita.
Boleh juga jika sahabat-sahabat ingin mengenakan seluar panjang sebelum memakai jubah dan material seluar yang saya kira paling baik adalah seluar jeans(straight cut sahaja) kerana jenis kainnya keras dan berat.
Bila menggayakan jubah abaya plain / kosong, perlu diingat kerana kebarangkalian fabrik akan mengikut bentuk badan dan menampakkan garisan panty sangat tinggi. Terutama apabila kita dalam keadaan posisi membongkok.
Ada kebaikan dan kelemahan juga. Sebab itu sangat disarankan untuk memakai kain skirt dalam yang tebal dan keras.
3. Cara memakai jubah dari bahan melekap
3. Cara memakai jubah dari bahan melekap
Jika anda sudah terbeli jubah jenis kain lycra yang melekap, pakai pakaian di bahagian dalam seperti t-shirt atau baju dengan material kain kapas atau koshibo kerana ia dapat mengurangkan sifat lycra yang melekat ke tubuh.
Dan jika merancang membeli jubah jenis lycra pula, pilihlah rekaan jenis princess cut / umbrella di mana ia mengembang besar dari pinggang hingga ke bawah supaya kainnya tidak melekat ke tubuh.
4. Gayakan abaya anda dengan tudung bidang 60 yang labuh
![]() |
Tudung labuh bidang 60 bercorak sesuai dipakai bersama jubah abaya hitam |
Walaupun umumnya jubah berpotongan longgar, saiz badan dan ketinggian mempengaruhi keseluruhan penampilan. Jika tersalah pilih, impian untuk menggayakan jubah yang anggun bertukar sebaliknya.
Abaya anda sangat cantik dipakai dengan tudung bidang 60 yang bercorak atau pelbagai warna. Ini akan menaikkan seri pakaian. Menyerlahkan keanggunan pemakai.
Penting sekali bagi wanita mengenal pasti corak jubah yang hendak digayakan. Jubah polos elok digayakan dengan tudung bermotif dan sebaliknya.
Bagi mengimbangi rekaan kosong pada jubah, seeloknya gayakan tudung bercorak atau warna terang.
Labuhkan hijab anda dengan tudung bidang 60 sehingga ke bawah paras pinggang. Menutupi bahagian belakang sehingga ke paras punggung. Nampak sangat manis!
Biarpun tampak ringkas, padanan tudung dan jubah tetap memperlihatkan kreativiti pemakainya dalam membuat pilihan.
#######
Tips menjaga jubah abaya supaya kekal cantik lebih lama
Bagi memastikan jubah abaya kita tahan lebih lama, supaya nampak cantik dan warnanya tidak luntur. Hari ini kita sama sama belajar tips dan teknik mudah dari pengalaman sebenar.
![]() |
Jubah abaya akan tahan lebih lama dengan teknik penjagaan yang betul. |
Tentu anda tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan warna hitam berkilauan fabrik abaya walaupun selepas bertahun tahun dipakai dan dibasuh.
![]() |
Jubah abaya hitam sesuai untuk pakaian solat. Ramai dari kita belajar memakai abaya semasa mengerjakan haji dan umrah. Memang Kegemaran jemaah muslimah untuk pakaian umrah haji.. |
Cik puan boleh cuba tips tips ini.
Tips Menjaga Jubah Abaya Agar Tahan Lama
CUCIAN
Jadi, secara ringkas ... di sini adalah cara terbaik untuk menjaga Abaya hitam crepe (atau ... hitam / gelap ke atas pakaian)

1. Cuci Tangan Jubah Abaya Anda.
Bagi memastikan jubah abaya tahan lama, adalah penting untuk membasuhnya dengan cucian tangan.

Jika anda tiada pilihan, terpaksa menggunakan mesin basuh, lakukan dengan mode cucian lembut (delicate). Ini pun masih tidak di galakkan.
Cara terbaik untuk penjagaan jubah abaya hitam anda masih lagi dengan cucian tangan.
2. Menggunakan Detergen Yang Sesuai Untuk Cucian Jubah Abaya Anda.
Bahan pencuci yang baik akan memastikan warna jubah abaya anda kekal cantik dan kualiti kain terjaga.

1. Woolite dark care
2. Persil abaya shampoo
![]() |
Syampoo abaya persil memang pilihan terbaik untuk jubah abaya kelihatan cantik dan tahan lama |
Syampoo abaya persil memang pilihan terbaik untuk jubah abaya kelihatan cantik dan tahan lama
Namun shampoo persil untuk jubah abaya tidak mudah diperolehi di Malaysia.
Cuba cari syampoo woolite darks di hyupermarket berdekatan rumah anda. Khas untuk mencuci fabrik hitam |
Syampoo ini memang di rumus khas untuk penkagaan pakaian hitam seperti jubah abaya kita.
Jika syampoo Woolite pun tiada, cuba gunakan shampoo paling lembut seperti shampoo untuk bayi.
Sabun minyak zaitun aka sabun aleppo dari syria dan lebanon juga boleh digunakan untuk membasuh jubah abaya.
Tapi, mencuci menggunakan sabun ini akan menyebabkan kain abaya kelihatan hilang serinya.
Jadi, pilihan ditangan anda.
![]() |
Sabun Aleppo memong terkenal di seluruh dunia. Boleh digunakan sebagai pencuci muka dan badan. Di perbuat dari minyak zaitun. Memang bagus |
Tapi, mencuci menggunakan sabun ini akan menyebabkan kain abaya kelihatan hilang serinya.
Jadi, pilihan ditangan anda.
9 Langkah Mencuci Jubah Abaya Supaya Tahan Bertahun Lama Tanpa Luntur Warnanya!
BAGI ABAYA KOSONG / SEDIKIT SULAMAN
BAGI ABAYA KOSONG / SEDIKIT SULAMAN
- Tambahkan detergen khas untuk mencuci abaya ledalam air.
- Masukkan jubah abaya anda petlahan lahan dan pastikan ia terendam sepenuhnya di dalam larutan air detergen. Biarkan selama 10 minit.
- Selepas 10 minit direndam, gosok lembut fabrik abaya untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada kain. (Penting untuk tidak menggosok dengan kasar)
- Selepas selesai dengan bilasan terakhir, jangan perah abaya. Sidai abaya terus menggunakan penyangkut baju.
- Jemur di kawasan redup dan elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus. Ini akan menyebabkan warna abaya hilang serinya.
- Apa jadi sekiranya musim hujan? Boleh ke keringkan abaya dengan mesin pengering? Jawapannya tidak boleh. Ini kerana mesin pengering akan merosakkan sulaman dan cording terutama sekiranya ia di buat dari kapas dan sutera.
BAGI JUBAH ABAYA ARAB YANG MEWAH / PENUH SULAMAN ATAU MANIK
- Cuci abaya anda dengan kaedah cucian kering (dry clean)
- Ini untuk mengelakkan hiasan (sulaman dan manik) pada abaya anda rosak
Selamat mencuba tip mencuci jubah abaya ini. Mudah saja kan. Insyaallah jubah abaya cik puan akan tahan lebih lama.
BONUS TIPS MENCUCI ABAYA
- Elakkan merendam jubah abaya anda terlalu lama. Anggaran masa terbaik setiap rendaman adalah lebih kurang 30 minit. Merendam terlalu lama akan merosakkan fabrik dan melunturkan warna jubah abaya anda.
- Manik dan sulaman juga lebih mudah rosak dengan merendam terlalu lama kerana terdedah kepada detergen lebih lama.
- Asingkan warna jubah yang berbeza. Lebih penting, asingkan jubah abaya anda dengan pakaian lain yang hendak dicuci. Ini mengelakkan warna jubah rosak disebabkan pakaian lain luntur warnanya.
- Jangan gosokkan fabrik abaya terlalu kuat. Fabrik abaya yang lembut akan rosak jika ia disental terlalu kuat.
- Jangan gunakan berus untuk mencuci abaya.
- Gantungkan Jubah abaya yang telah kering dan tidak dipakai di dalam almari. Ini akan mengurangkan kedutan kecil.
- Sarung abaya anda yang di sidai didalam almari dengan plastik. Ia untuk mengelakkan ia berhabuk. Abaya anda akan kekal bersih lebih lama dan sedia di gunakan bila bila masa.
- Jubah yang telah lama disimpan dan tidak di sarung plastik bolehlah dikeluarkan untuk dibasuh dan disimpan semua untuk menghilangkan bau dan habuk yang melekat.
TIP AGAR ABAYA HITAM TAHAN LEBIH LAMA
MENGGOSOK (IRONING)
Selesai dengan tips mencuci jubah abaya hitam supaya tahan lama, sekarang kita masuk pula ke bahagian penjagaan abaya.
![]() |
Jubah yang penuh dengan sulaman seperti ini sesuai digayakan dengan tudung labuh plain koshibo |
- Apabila mahu menggosok abaya, gosoklah dalam keadaan terbalik iaitu kita gosok bahagian dalamnya. InsyaAllah abaya lebih cepat lendik (hilang kedut) dan warna hitamnya tahan lebih lama.
- Gantung jubah abaya selepas cucian. Ini akan mengurangkan kedutan danl mempercepatkan proses gosokan. Jimat masa dan tenaga.
- Gunakan suhu yang sesuai dan tidak terlalu tinggi kerana merosakkan fabrik.
Suhu yang sesuai ketika menyeterika jubah abaya anda akan mengelakkan fabrik jubah abaya rosak atau terbakar. - Pastikan cik puan tahu fabrik kain abaya sebelum menyeterika dan sesuaikan dengan pelaras suhu yang terdapat di seterika tersebut.
4 tips penjagaan abaya ini akan membantu anda memelihara kain dan jahitan tahan lebih lama.
TIP AGAR ABAYA HITAM TAHAN LEBIH LAMA
- Elakkan menyembur minyak wangi secara terus pada manik, kristal dan batuan jubah abaya anda. Sesetengah minyak wangi mengandungi alkohol. Warna batu batuan ini akan luntur dan menyebabkan baju anda pudar dan tidak secantik dahulu.
- Elakkan merendam jubah abaya yang berkristal atau bermanik terlalu lama. Cuci dan bilas terus pakaian tersebut.
- Semasa proses menyeterika jubah yang bermanik dan berkristal, pastikan untuk menggosok abaya terebut secara terbalik. Muncung seterika yang tajam, boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda
Sterika yang berwap, lebih sesuai untuk menggosok abaya berbatu dan bermanik.
TUDUNG LABUH YANG SESUAI DI PAKAI BERSAMA JUBAH ABAYA PLAIN
Tudung mana yang sesuai di pakai bersama jubah kosong seperti ini?
Kami ada banyak koleksi tudung bidang 60 dan instant shawl yang sesuai di pakai bersama abaya plain ini.
Antara koleksi tudung labuh 2016 yang sesuai ialah
![warna kelabu fesyen tudung raya 2014]()
Tudung bidang labuh koshibo - pilih warna kain tudung labuh yang cerah sekiranya warna jubah abaya anda hitam. Atau warna warna gelap lain.
Jika jubah anda anda berwarna cerah, seperti hijau atau kuning. Anda boleh pilih tudung labuh koshibo berwarna gelap. Anda boleh cuba kombinasi warna pastel / lembut atau warna kontra.
![warna tudung daisi coklat gelap borong]()
Biasanya saya akan cuba suaikan warna sama pada pakaian dengan tudung tetapi mempunyai ton berbeza.
Contoh, jika warna jubah hijau cair, warna tudung boleh cuba hijau gelap. Cik puan masih perlu ambil kira warna kulit muka juga. Mungkin warna tersebut sesuai untuk anda.
Tetapi nampak pelik untuk orang lain. Bagi yang berniqab dan berpurdah. Tak perlu risau sangat tentang warna kulit.
Tudung koshibo adalah jenis kosong juga. Tanpa corak.
Tudung labuh helwa - tudung dari kain chiffon ini sesuai juga di gayakan bersama abaya anda.
Oleh kerana abaya anda jenis kosong, atau dengan hiasan lace pada kadar minima. Sebarang tudung bercorak sesuai dipakai bersama abaya anda.
![]()
Antara koleksi tudung & shawl labuh bercorak yang sesuai dipakai bersama jubah abaya kosong ialah
Tudung labuh saffron - koleksi tudung labuh safron dihiasi dengan corak corak kecil. Kebiasaannya corak bunga bungaan kecil atau sederhana.
Boleh pakai dengan bentuk bawal, bundar atau bulat. Nak instant shawl labuh pun boleh. Pada masa artikel ini ditulis, sedang musim instant shawl labuh 2 loop (2 muka).
![]()
Fesyen mei 2016, lepas ini tak tahu apa trend terbaru. Apa yang penting kesederhanaan dalam berpakaian dan berhias.
Corak pun ada banyak jenis. Selain dari corak bunga bungan. ada juga tudung labuh bercorak abstrak. Contohnya..
Tudung labuh nur imaany - ada jenis corak 4 segi dan juba polka dot / bubble. Warna pun ada banyak jenis.
Tudung labuh nur afifah - kain tudung ini dicetak dengan motif flora tumbuh tumbuhan. Nampak anggun memakainya.
Bagi senarai penuh koleksi tudung labuh muslimah pelbagai bentuk dan warna, boleh klik sini dan lihat sendiri. Anda pilih untuk suai padankan dengan jubah abaya.
Selain jubah abaya berwarna hitam, ada lagi 29 pilihan warna lain. Kesemuanya berjumlah 30 jenis warna. Apa lagi cik puan semua, klik untuk lihat ke semua 30 warna.
Pilih warna yang sesuai dengan tema majlis yang akan dihadiri. Dan sesuaikan dengan tudung besar 60 yang sesuai.
Terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi Tudunglabuhonline.com. Gedung pilihan anda untuk tudung labuh dan jubah abaya yang patuh syariat.
TUDUNG LABUH YANG SESUAI DI PAKAI BERSAMA JUBAH ABAYA PLAIN
Tudung mana yang sesuai di pakai bersama jubah kosong seperti ini?
Kami ada banyak koleksi tudung bidang 60 dan instant shawl yang sesuai di pakai bersama abaya plain ini.
Antara koleksi tudung labuh 2016 yang sesuai ialah
TUDUNG LABUH KOSONG (PLAIN)

Tudung bidang labuh koshibo - pilih warna kain tudung labuh yang cerah sekiranya warna jubah abaya anda hitam. Atau warna warna gelap lain.
Jika jubah anda anda berwarna cerah, seperti hijau atau kuning. Anda boleh pilih tudung labuh koshibo berwarna gelap. Anda boleh cuba kombinasi warna pastel / lembut atau warna kontra.

Biasanya saya akan cuba suaikan warna sama pada pakaian dengan tudung tetapi mempunyai ton berbeza.
Contoh, jika warna jubah hijau cair, warna tudung boleh cuba hijau gelap. Cik puan masih perlu ambil kira warna kulit muka juga. Mungkin warna tersebut sesuai untuk anda.
Tetapi nampak pelik untuk orang lain. Bagi yang berniqab dan berpurdah. Tak perlu risau sangat tentang warna kulit.
Tudung koshibo adalah jenis kosong juga. Tanpa corak.
Tudung labuh helwa - tudung dari kain chiffon ini sesuai juga di gayakan bersama abaya anda.
TUDUNG LABUH BERCORAK
Oleh kerana abaya anda jenis kosong, atau dengan hiasan lace pada kadar minima. Sebarang tudung bercorak sesuai dipakai bersama abaya anda.

Antara koleksi tudung & shawl labuh bercorak yang sesuai dipakai bersama jubah abaya kosong ialah
Tudung labuh saffron - koleksi tudung labuh safron dihiasi dengan corak corak kecil. Kebiasaannya corak bunga bungaan kecil atau sederhana.
Boleh pakai dengan bentuk bawal, bundar atau bulat. Nak instant shawl labuh pun boleh. Pada masa artikel ini ditulis, sedang musim instant shawl labuh 2 loop (2 muka).

Fesyen mei 2016, lepas ini tak tahu apa trend terbaru. Apa yang penting kesederhanaan dalam berpakaian dan berhias.
Corak pun ada banyak jenis. Selain dari corak bunga bungan. ada juga tudung labuh bercorak abstrak. Contohnya..
Tudung labuh nur imaany - ada jenis corak 4 segi dan juba polka dot / bubble. Warna pun ada banyak jenis.
Tudung labuh nur afifah - kain tudung ini dicetak dengan motif flora tumbuh tumbuhan. Nampak anggun memakainya.
Bagi senarai penuh koleksi tudung labuh muslimah pelbagai bentuk dan warna, boleh klik sini dan lihat sendiri. Anda pilih untuk suai padankan dengan jubah abaya.
Selain jubah abaya berwarna hitam, ada lagi 29 pilihan warna lain. Kesemuanya berjumlah 30 jenis warna. Apa lagi cik puan semua, klik untuk lihat ke semua 30 warna.
Pilih warna yang sesuai dengan tema majlis yang akan dihadiri. Dan sesuaikan dengan tudung besar 60 yang sesuai.
Terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi Tudunglabuhonline.com. Gedung pilihan anda untuk tudung labuh dan jubah abaya yang patuh syariat.