Jubah Abaya Hitam Plain Dari Kain Satin Silk Yang Cantik & Selesa
CODE: SPA1
MATERIAL JUBAH ABAYA HITAM:
Assalamualaikum wrmbth, jika anda ingin menempah jubah abaya jenis kosong, kami ada 2 jenis rekaan. Cik puan boleh pilih yang mana suka.CODE: SPA1
MATERIAL JUBAH ABAYA KOSONG :
Jubah abaya kosong ini di perbuat daripada kain Sakura Silk yang tebal, sejuk, tidak melekat pada tubuh dan jatuh beralun dengan cantik!Jadi cik puan tak perlu risau aurat akan terdedah sekiranya angin bertiup kuat. Nak pergi pantai berangin dengan berjubah abaya ini untuk bersiar siar? Tentu boleh.
Jenis rekaan :Dolman A-Cut (Kembang Bawah +/- 80 inci)
Jenis rekaan :Dolman A-Cut (Kembang Bawah +/- 80 inci)
APAKAH PERBEZAAN ANTARA JUBAH ABAYA PLAIN KOD SPA1 & SPA2 ?
Terdapat satu perbezaan ketara diantara ABAYA SPA1 & SPA2 iaitu
SPA1 mempunyai sambungan di bahagian siku yang dihiasi dengan lace.
SPA2 tidak mempunyai sambungan di bahagian siku tetapi terdapat sambungan di bahagian pinggang dan dihiasi dengan lace.
CIRI CIRI ISTIMEWA ABAYA PLAIN
- Hiasan Lace Simple di Siku
- Tiada potongan bahu.
- Poket Sebelah Kanan.
- Leher Baju Kurung.
Cik puan boleh buat permintaan untuk kurangkan atau tambahkan labuh tangan: PERCUMA
Nota: Warna mungkin berbeza dari yang sebenar kerana faktor pencahayaan dan juga resolusi skrin anda.
PRODUCT: SiFu Plain Abaya 2
CODE: SPA2
CIRI ISTIMEWA ABAYA PLAIN 2
CODE: SPA2
CIRI ISTIMEWA ABAYA PLAIN 2
- Hiasan Lace Simple di pinggang
- Tiada potongan bahu.
- Poket Sebelah Kanan.
- Leher Baju Kurung.
PILIHAN TAMBAHAN UNTUK IBU MENYUSU (NURSING) JUBAH ABAYA HITAM

Terdapat 3 jenis zip nursing yang sesuai untuk ibu yang masih menyusukan anak.
Jenis sip sorok. Zip biasa dan jenis selak.
TUDUNG LABUH YANG SESUAI DI PAKAI BERSAMA JUBAH ABAYA PLAIN
Tudung mana yang sesuai di pakai bersama jubah kosong seperti ini?
Kami ada banyak koleksi tudung bidang 60 dan instant shawl yang sesuai di pakai bersama abaya plain ini.
Antara koleksi tudung labuh 2016 yang sesuai ialah
TUDUNG LABUH KOSONG (PLAIN)
Tudung bidang labuh koshibo- pilih warna kain tudung labuh yang cerah sekiranya warna jubah abaya anda hitam. Atau warna warna gelap lain.
Jika jubah anda anda berwarna cerah, seperti hijau atau kuning. Anda boleh pilih tudung labuh koshibo berwarna gelap. Anda boleh cuba kombinasi warna pastel / lembut atau warna kontra.
Biasanya saya akan cuba suaikan warna sama pada pakaian dengan tudung tetapi mempunyai ton berbeza.
Contoh, jika warna jubah hijau cair, warna tudung boleh cuba hijau gelap. Cik puan masih perlu ambil kira warna kulit muka juga. Mungkin warna tersebut sesuai untuk anda.
Tetapi nampak pelik untuk orang lain. Bagi yang berniqab dan berpurdah. Tak perlu risau sangat tentang warna kulit.
Tudung koshibo adalah jenis kosong juga. Tanpa corak.
Tudung labuh helwa - tudung dari kain chiffon ini sesuai juga di gayakan bersama abaya anda.
TUDUNG LABUH BERCORAK
Oleh kerana abaya anda jenis kosong, atau dengan hiasan lace pada kadar minima. Sebarang tudung bercorak sesuai dipakai bersama abaya anda.
Antara koleksi tudung & shawl labuh bercorak yang sesuai dipakai bersama jubah abaya kosong ialah
Tudung labuh saffron - koleksi tudung labuh safron dihiasi dengan corak corak kecil. Kebiasaannya corak bunga bungaan kecil atau sederhana.
Boleh pakai dengan bentuk bawal, bundar atau bulat. Nak instant shawl labuh pun boleh. Pada masa artikel ini ditulis, sedang musim instant shawl labuh 2 loop (2 muka).
Fesyen mei 2016, lepas ini tak tahu apa trend terbaru. Apa yang penting kesederhanaan dalam berpakaian dan berhias.
Corak pun ada banyak jenis. Selain dari corak bunga bungan. ada juga tudung labuh bercorak abstrak. Contohnya..
Tudung labuh nur imaany - ada jenis corak 4 segi dan juba polka dot / bubble. Warna pun ada banyak jenis.
Tudung labuh nur afifah - kain tudung ini dicetak dengan motif flora tumbuh tumbuhan. Nampak anggun memakainya.
Bagi senarai penuh koleksi tudung labuh muslimah pelbagai bentuk dan warna, boleh klik gambar dibawah dan lihat sendiri. Anda pilih untuk suai padankan dengan jubah abaya.
Selain warna hitam, ada lagi 29 pilihan warna lain. Kesemuanya berjumlah 30 jenis warna. Apa lagi cik puan semua, klik sini untuk lihat ke semua 30 warna.
Pilih warna yang sesuai dengan tema majlis yang akan dihadiri. Dan sesuaikan dengan tudung besar 60 yang sesuai.
Terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi Tudunglabuhonline.com. Gedung pilihan anda untuk tudung labuh dan jubah abaya yang patuh syariat.