Tips Memakai Tudung Pengantin Yang Cantik Tanpa Mak Andam
Assalamu'alaikum Wrmbth, Terima kasih kerana mengunjungi kedai tudung online kami.![]() |
Tudung Pengantin Yang Patuh Syariah Dan Menawan hati |
Di sini kami sertakan tips memakai tudung pengantin yang cantik.
Mudah dipakai dan menambahkan seri pengantin muslimah.
Contoh contoh tudung labuh yang di gayakan oleh pengantin muslimah kini




Sumber: Google. Kredit kepada mereka kerana menutup aurat dengan sempurna
Walaupun terdapat banyak fesyen tudung untuk perkahwinan, bukan semuanya patuh syariah.Insyaallah, semua tudung nikah yang labuh sahaja di jual di sini.
Cara Memilih Tudung Labuh Yang Patuh Syariah Untuk Majlis Akad Nikah
Ada tudung yang kurang sesuai dengan bentuk muka kita, bagi kita yang sebelum ini kurang mengikuti perkara ini akan mengalami sedikit masalah.Sebelum ini pakai saja tudung muslimah yang ada.
![]() |
Bentuk muka memainkan peranan penting dengan jenis tudung yang akan digayakan |
Kami telah pun menulis dengan panjang lebar tentang 6 bentuk muka ini dan jenis tudung yang sesuai di pakai. Boleh "KLIK" dan baca untuk pengetahuan tambahan.
Lagipun, selepas berkahwin, muslimah semua mestilah pandai menjaga penampilan diri dan suami agar kelihatan cantik dan anggun di mata pasangan masing masing.
Apa pun fesyen dan jenis tudung yang bakal kita pakai seperti tudung bawal dan selendang halfmoon, panduan umum tudung nikah tersebut mestilah
![]() |
Ringkas Sopan Dan Anggun Menawan |
- Labuh sehingga menutup dada
- Struktur kain tidak jarang atau lutcahaya
- Longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga
- Tersembunyi dan menyelaputi bahu
- Tidak melekat di badan.
- Tidak tabarruj atau berhiasan secara berlebih lebihan
- Proses memilih fesyen dan jenis kain tudung amat penting.

Tips Pemakaian Tudung Nikah Yang Selesa
Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya.
- Memakai Awning
- Pemilihan awning tudung penting
- Pastikan bentuk muka sesuai dengan tudung
- Tema warna dan kesesuaian majlis
- Elakkan kain tertentu
- Ciri ciri yang menurut syariat islam
- Kesesuaian tudung dan jubah busana muslimah yang digayakan
![]() |
Contoh Selendang halfmoon pengantin labuh yang mempunyai awning |
Bukan apa, majlis nikah bukan tiket untuk meninggalkan solat bukan?
Pengantin muslimah akan disolek dan pada kebiasaannya kerana sayangkan make up dan solekan yang telah dikenakan terus tangguhkan solat.
Perkahwinan yang bari di bina umpama dimulakan dengan langkah kiri kerana meninggalkan ibadat yang diumpakan sebagai tiang agama ini.
Jadi, atur cara majlis mestilah mengambil kira semua ini.
Pada kebiasaannya pengantin akan diarak menjelang solat zuhur.
Satu lagi amalan yang boleh menyebabkan solat zuhur tertunda.
![]() |
Warna warna yang lembut sangat sesuai digunakan untuk pertunangan dan persandingan |
Tudung ber awning mempunyai harga yang berpatutan.
Anak tudung yang berawning senang di pakai dan dibentuk serta sesuai digunakan untuk menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.
Kain awning yag digunakan sangat penting. Antara yang sesuai ialah
- Kain Lycra
- Kain Codroy
Kerana sifatnya yang anjal dan mudah dibentuk. Jadi membuatkan tudung nampak kemas dan terletak.
Sekiranya tudung anda tidak dijahit bersama awning (instant), maka pemilihan anak tudung dari bahan kain
- Shantong
- Sutera / Silk
- Kain lace
- Kain jersey
Selepas pemilihan kain tudung dan awning, kemudian pula kita pergi ke aspek pemilihan warna.
Pemilihan Warna Tudung Untuk Majlis Tunang Dan Pernikahan
Warna mempunyai kesan emosi pada pemakainya. Memang ada kajian tentang warna pakaian yang dan mood mereka.Pada hari bahagia, hari pernikahan yang sangat membahagiakan bukan sahaja pasangan pengantin, malah kedua dua belah keluarga.
![]() |
Warna Peach yang cantik |
![]() |
Warna ungu lembut |
![]() |
Warna Ungu Moden |
Antara warna yang sesuai dikenakan pada majlis pertunangan ialah warna warna lembut seperti
- Biru lembut
- Oren
- Hijau
- Indigo
- Pink/merah jambu
- Kelabu.
Garis panduan mudah untuk memilih warna ialah
- Warna yang digunakan sederhana terang.
- Kain yang digunakan tidak berkilat.
- Sederhana dalam berhias. Tidak berlebih lebihan.
Memang pengantin wajar kelihatan cantik dan menyerlah agar tetamu dapat membezakan anda sebagai pengantin.
Namun telah menjadi kebiasaan di negara kita, tetamu yang datang berpakaian lebih menyerlah dari pengantin.
Berpada padalah dalam berpakaian agar tidak tergolong dalam mereka yang tabarruj.
Seperti yang di firmankan Allah Swt di dalam al quran surah al-Nuur ayat 60.
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ
“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haidl dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).”
Adakah semua kain sesuai untuk majlis pertunangan?
Tidak, anda kain yang kurang sesuai digunakan untuk majlis seperti ini.
Seperti
- Kain lycra
- Kain kapas
Bagaimana pula dengan warna jubah dan busana muslimah yang kurang sesuai dipakai?
Antara warna yang kurang sesuai di gayakan ialah
- Hijau kekuningan
- Merah saga
- Kuning terang benderang seperti kuning diraja.
Pilihlah baju dan tudung yang sesuai warnanya agar pasangan mempelai nampak cantik dan syu dalam batas syariat.
Pilihan Warna Untuk Majlis Akad Nikah
Warna warna berikut sesuai digunakan untuk akad nikah
- Warna krim
- Warna putih
- Putih mutiara
- Biru lembut
- Kelabu/grey lembut
- Pink
Simple dan Elegan
Warna warna gelap kurang sesuai digunakan kerana mood yang kurang ceria.
Sekiranya anda menggunakan khidmat mak andam, pastikan tudung tudung dan baju pengantin yang di bekalkan tidak berlebih lebih.
Memang agak sukar untuk mencari mak andam yang memenuhi tuntutan syariah.
Atas sebab ini, adalah lebih baik sekiranya persediaan dibuat lebih awal.
Cara Memakai Tudung Dan Shawl Yang Terletak Kemas
Katakanlah perkahwinan yang diadakan serba ringkas. Memang tidak menggunakan khidmat mak andam pun.
Kita pula bukan jenis suka bergaya, antara perkara yang memakan masa dan rumit dilakukan ialah..
Memakai tudung dan selendang tanpa awning dengan kemas.
Menghairankan juga sebab ada saja rakan rakan kita yang pakai tudung tanpa awning.. Tapi nampak kemas, terletak je.
Tak roboh dibahagian dahi tu. Kenapa ek?
Apa rahsia mereka.
Ini caranya yang disimpan rapi. Terdapat 2 kaedah yang senang digunakan
- Menggunakan lilin biasa (warna putih tu)
- Menggunakan semburan kanji
Cara pertama paling mudah di buat. Murah pula tu.
Di rumah kita memang ada simpan lilin kan? Manalah tahu ada gangguan bekalan elektrik.
Tak delah bergelap dalam rumah ni kan.
Ambil lilin yang sama di dapur dan ikut langkah langkah ini
- Ambil shawl (halfmoon atau selendang biasa( dan tudung bawal (apa apa jenis tudung) dan letakkan di muka seolah olah hendak memakainya
- Kenal pasti kawasan tudung yang bersentuhan dengan wajah.
- Letakkan dengan rapi di atas permukaan rata tudung tadi untuk memudahkan kerja menyeterika
- Gosokkan lilin putih (Jangan gunakan warna lain.. Contohnya lilin sambutan hari lahir atas kek tu) sedikit sahaja di bahagian yang dikenal pasti menyentuh muka
- Pastikan lilin tersebut digosok secara ringan sahaja dan menghasilkan lapisan sangat nipis
- Gosok dan seterika bahagian di lilin tadi agar ia cair dengan haba sterika
Siap, sekarang jika anda pakai tudung dan shawl tersebut. Lebih mudah dibentuk dan kelihatan kemas.
Peringatan
- Jika lilin disapu dengan kuat dan menghasilkan lapisan tebal, ia sukar ditanggalkan dan menghasilkan perubahan warna pada tudung
- Hanya sapu lilin dibahagian bersentuhan dengan muka ya
Jika menggunakan semburan kanji, ini lebih mudah. Beli sahaja di pasaraya.
Biasa dalam tin aerosol. Sama seperti tin semburan racun nyamuk.
Goncangkan tin sebelum menggunakannya
dan ulang seperti langkah 1~3 bagi cara lilin.
Semburkan kanji dibahagian yang sama. Dan sterika kawasan tersebut.
Cara ini lebih mudah dan tidak seperti lilin, tiada perubahan warna pada permukaan yang disembur.
Semburan kanji akan hilang setiap kali dibasuh. Jadi perlu ulang semula setiap kali untuk mendapatkan hasil akhir yang kemas.
- Wikipedia Bahasa Melayu Pengantin
- Wikipedia Bahasa Melayu Akad Nikah
- Wikipedia Bahasa Melayu Perkahwinan
- Wikipedia Bahasa Melayu Tudung
- Wikipedia Bahasa Melayu Tudung Bawal
Hubungi Mazni untuk pertanyaan dan tempahan tudung pertunangan dan perkahwinan yang labuh.
SMS WHATSAPP Mazni di 0192653791